Manual Kesihatan Dan Rawatan Berasaskan Gamat
Pengenalan
Rawatan alternatif merupakan satu skop yang terlalu luas untuk diperhalusi. Gamat, antaranya merupakan satu produk alternatif tradisional yang telah digunakan sejak dari 300 tahun dahulu. Air gamat yang busuk baunya itu telah diamalkan oleh nenek moyang kita untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Sehingga kini masih lagi digunakan secara meluas walaupun bau air masih tetap busuk. Kenapa? Ini disebabkan masyarakat kita sememangnya mempercayai dan memperakui bahawa air gamat itu berkesan dari segi rawatan dan penyembuhan.
Perkembangan teknologi moden kini telah menular mempengaruhi produk-produk tradisional. Syarikat Gamat éMas Sdn Bhd tidak ketinggalan bagi memainkan peranan untuk memartabatkan produk kebanggaan kita. Gamat éMas menjanjikan satu kelainan pada produk gamat yang dipasarkannya. Inisiatif untuk menjalinkan usahasama dengan universiti tempatan dan SIRIM BHD merupakan langkah kami untuk memastikan keberkesanan pada formulasi dan kualiti pada produk kami.
Mungkin timbul persoalan mengapa pihak syarikat memilih gamat untuk diketengahkan kerana terlalu banyak produk gamat sekarang di pasaran. Kami di Gamat éMas sentiasa menitikberatkan ketulinan ekstrak gamat yang diproses dan digunakan adalah dari spesis Stichophus Hermanii agar keberkesanan produk tidak dipertikaikan. Malah dengan kajian (R & D) yang dijalankan dari semasa ke semasa, kewibawaan produk di bawah jenama Gamat éMas pasti tidak akan tercabar. Keunggulan tanpa keraguan akan dijadikan tunggak kepada semua produk yang dihasilkan oleh Gamat éMas Sdn Bhd dan kami percaya gamat merupakan khazanah dari laut yang mempunyai nilai terapeutik universal yang terlalu berharga untuk tidak dikongsikan bersama dengan para pengguna sekalian.
Peringatan Penting
Penyelidikan tentang Gamat telah di jalankan sejak tahun 1983 lagi dipelopori oleh Prof. Dr. Ridzwan Hashim dari UIA. Manual ini di ilhamkan mengambil kira data-data awal dari ujian makmal dan testimonial yang didapati bertujuan untuk dijadikan garis panduan penggunaan produk Gamat éMas sementara menunggu data-data klinikal yang lebih terperinci di masa hadapan. Saranan di dalam manual ini merupakan syor di dalam mengikhtiarkan rawatan alternatif berasaskan Gamat.
Penulis tidak menjanjikan jaminan kepada syor yang diberi kerana setiap usaha itu, hanya kepada Allah swt kita bertawakkal.

