Inginkah anda mempunyai blog sendiri.Teknologi IT yang bermaklumat dan moden menjadi blog satu kegilaan pelayar internet.Tidak kira tua atau muda pasti ingin sesutu yang baru dan mudah dilaksanakan.Anda boleh jadikan blog anda pendapatan sampingan tidak kira masa samada anda melayari internet atau tidak.Selain itu blog juga boleh dijadikan sumber maklumat isu-isu terkini luahan rasa dan sebagai.Jika anda berminat dapatkan sebuah ebook panduan membina blog dan jadikan ia satu realiti.
Cepat masa itu berlalu,sedar tak sedar sudah pun masuk bulan mei.Tidak lama lagi cuti sekolah akan bermula.Sudah menjadi adat masa kini cuti sekolah di kaitkan dengan kenduri kahwin.Tidak hairanlah berpucuk-pucuk jemputan kenduri.Mungkin anda pun begitu juga.Kedenagaran lagu nyanyian Tan Sri S.M Salim yang bertajuk tentang kahwin.
“Arghhhh… Mana aku nak cari duit untuk berkahwin? Duit hantaran sahaja sudah hampir RM5,000. Itu belum kira barang-barang hantaran, mas kahwin, belanja untuk kenduri kahwin, upah mak andam, sewa pelamin dan baju pengantin, sewa kanopi, upah pasukan kompang, upah DJ serta peralatan audio, upah penanggah, bunga telur, kad jemputan dan bermacam-macam lagi la. Pendek kata, berbelas ribu jugalah diperlukan.Aduh! Sudahlah kerja pun tak tetap lagi, setakat kontrak je, duit makan sendiri pun kadang-kadang tak cukup. Inikan pula nak tanggung anak orang.
Hutang motorsikal dan pinjaman pelajaran dulu pun tak habis bayar lagi.
Takkan nak kahwin pun nak buat pinjaman lagi? Jawapnya sampai aku bercicit pun tak habis bayar hutang lagi. ”
jika sudah ada keinginan untuk berumahtangga tapi duit tidak mencukupi ,dapatkan ebook maskahwin yang hilang yang boleh menghuraikan masalah anda disini
Assalammualaikum & salam Sejahtera
Semoga berada dalam keadaan sihat dan menarik seperti website ;.
Kebelakangan ini, ramai juga yang bertanya kepada saya, bagaimana ingin membuat domain transfer? Bolehkah saya membuat domain transfer kepada sempoihosting.com? Apa yang perlu dilakukan? Perlukah saya menghubungi pihak pendaftar nama domain saya yang sekarang ini? Bolehkan saya melakukan domain transfer tanpa memberitahu atau melibatkan mereka? Dan banyak lagi…
Baiklah, saya cuba menjawap persoalan anda satu persatu.
Apabila anda menyatakan anda ingin membuat “domain transfer”, apa yang sebenarnya dimaksudkan ialah, anda ingin menukar agen pendaftar nama domain anda. Iaitu, bertukar daripada agen A kepada agen B.
*Nota : Agen yang saya maksudkan disini adalah, pihak yang mendaftarkan nama domain anda, ia mungkin juga adalah pihak yang sama yang menyediakan perkhidmatan webhosting kepada anda. Sempoihosting.com adalah salah satu contoh agen yang saya maksudkan disini.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda ingin menukar agen pendaftar nama domain anda. Contohnya, agen A mengenakan bayaran sebanyak RM50 bagi mendaftarkan nama domain anda, manakala agen B hanya mengenakan bayaran RM35 bagi pendaftaran nama domain. Selain merasakan agen A telah mengenakan bayaran yang agak mahal kepada anda, anda juga merasakan agen A tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada anda selama ini. Maka dengan itu, anda ingin mengambil keputusan untuk bertukar agen, iaitu membuat “domain transfer”.
Harap anda jelas dengan maksud “Domain Transfer”. Ia bermaksud bertukar agen pendaftar nama domain dan bukannya bertukar website atau bertukar webhosting.
Ramai yang terkeliru dengan maksud “Domain Transfer” sebelum ini. Mereka menyangka, “Domain Transfer” adalah memindahkan website mereka dari satu hosting kepada hosting yang lain. Itu bukanlah “Domain Transfer” , itu adalah “Website Transfer” iaitu bertukar webhosting.
Jadi, pastikan anda tidak terkeliru lagi..
Domain Transfer = Bertukar agen pendaftar nama domain
Website Transfer = Bertukar webhosting
Sememangnya anda boleh melakukan kedua-dua perkara tersebut secara serentak, tetapi anda juga sebenarnya boleh melakukan hanya salah satu daripada perkara tersebut pada satu-satu masa.
Anda mungkin hanya berminat untuk bertukar pendaftar nama domain, tetapi masih mengekalkan webhosting anda pada agen A.
Apabila anda membuat “Domain Transfer”, anda masih menjadi pemilik nama domain tersebut. Tiada sebarang perubahan terhadap pemilikan nama domain tersebut. Yang berubah hanyalah agen. Analoginya seperti polisi insurans, anda masih pemilik polisi insurans tersebut, yang bertukar hanyalah agen insurans tersebut.
Kini, anda mungkin telah jelas dengan maksud “Domain Transfer”, tetapi, bagaimana untuk melakukannya?.
Ini bergantung kepada agen. Setiap agen mempunyai caranya yang tersendiri dan ia kadangkala berbeza di antara satu sama lain. Ada agen yang menyediakan borang untuk anda melakukan domain transfer, ada juga yang memerlukan anda berhubung terus dengan agen tersebut melalui email, chat atau telefon. Apabila anda menyatakan anda ingin membuat domain transfer kepada agen baru. Apa yang berlaku biasanya, agen baru akan berbincang dengan agen lama mengenai nama domain anda. Jika perbincangan berjalan lancar, agen lama akan memberikan nama domain tersebut kepada agen baru anda. Maka, proses pemindahan nama domain pun selesai. Setelah selesai, barulah sedikit bayaran dikenakan kepada anda. Namun, ada juga agen yang melakukannya secara percuma.
Pada kebiasaannya, agen mengambil masa 5 hingga 10 hari untuk melakukan proses pemindahan nama domain tersebut.
Namun begitu, kadangkala wujud sesetengah situasi yang akan menyebabkan proses pemindahan agen bagi nama domain tersebut tidak dapat dilakukan. Antara sebab-sebab yang boleh menghalang ialah seperti :-
- Pemilik nama domain tersebut tidak diketahui dan diragui.
- Pemilik nama domain tersebut di istyiharkan “bankrup”
- Nama domain tersebut baru sahaja didaftarkan dan kurang daripada 60 hari.
- Agen pendaftar nama domain yang lama menolak permohonan pemindahan nama domain tersebut kepada agen baru dengan sebab-sebab yang tertentu.
Kesimpulannya, tidak semua proses “domain transfer” boleh dilakukan dengan lancar, kadangkala ia boleh jadi begitu merumitkan dan juga mengelirukan. Malahan, tiada jaminan agen yang baru adalah lebih bagus daripada agen yang lama. Apa-apa pun, semuanya terpulang kepada anda untuk mempertimbangkannya.
Semoga, artikel saya kali ini telah memberikan gambaran yang jelas kepada anda mengenai istilah “Domain Transfer”.
Sampai disini sahajalah untuk kali ini, pada masa akan datang, jika berkesempatan, saya akan menerangkan pula bagaimana anda boleh membuat “website transfer” (bertukar webhosting) dengan selamat dan berkesan.
Seperti biasa, jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh membalas email ini.
Sekian terima kasih,
Mohd Suhaimy Abu Bakar
Site Administrator
www.sempoihosting.com
“Webhosting mampu milik untuk rakyat Malaysia.”
Assalammualaikum & salam sejahtera..
Baru-baru ini, agak ramai juga yang bertanya pada saya, apakah cara yang paling mudah untuk mengupload website kita dari komputer ke server webhosting?
Untuk makluman anda, sebenarnya.. terdapat banyak cara untuk mengupload website ke server.. saya kira tidak kurang 5 cara untuk menguplad website. Jadi, anda tidak perlu pening kepala jika anda mendapat jawapan yang berbeza dari setiap orang yang anda tanya. Sememangnya untuk mengupload website ini ada banyak cara, jadi, pilih satu cara yang anda rasa mudah untuk anda.
Pada kali ini, saya ingin menunjukkan satu cara yang saya rasa paling mudah untuk anda mengupload website. Iaitu, menggunakan Internet Explorer..
Sebelum itu, ingin saya maklumkan 2 syarat yang perlu anda ikuti bagi memastikan website anda akan kelihatan apabila anda menaip URL anda di browser. Ini kerana, ramai juga yang bertanya kepada saya… “En. Suhaimy, kenapa website saya tak kelihatan yer? Saya dah upload dah website saya….”
Jawapannya, anda mungkin tidak memenuhi 2 syarat ini.
1) Anda pelulah mengupload website ada ke dalam folder “public_html”
2) Muka depan bagi website anda perlulah dinamakan dengan nama “index.html”, ini kerana, server akan mengesan secara automatik fail yang bernama index.html sebagai muka hadapan bagi sesuatu website.
Ok, setelah mengetahui 2 syarat tersebut, mari kita ikuti pula cara-cara meguplod website ke server menggunakan Internet Eplorer.
Langkah2nya :-
1) Buka Internt Explorer (IE)
2) Di ruangan Address, taipkan “ftp://usernameAkaunAnda@NamaDomainAnda” Contohnya “ftp://suhaimy@sempoihosting.com”
3) Tekan “Enter” di keybord anda..
4) Satu pop up windows yang meminta password anda muncul.
5) Masukkan password akaun hosting anda, tekan “Enter”
6) Tadaaa…. Kini anda telah pun berjaya masuk ke dalam web server anda. Paparan ia adalah sama seperti “my document”. Anda boleh double klik untuk membuka folder, jadi, apa yang perlu anda lakukan, just copy & paste website anda dari dalam komputer terus ke folder “public_html” di webserver tersebut.
Untuk tutorial bergambar, anda boleh muatturun fail tutorial ini dalam bentuk pdf di http://www.sempoihosting.com/Tutorial-Upload-Website.pdf
Jadi, itulah sahaja tips yang boleh saya kongsikan untuk kali ini. Seperti biasa, jika ada pertanyaan, sila baas email ini.
Sekian, terima kasih. Sehingga berjumpa lagi.
Wassalam.
Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Internet Entrepenuer
www.sempoihosting.com - webhosting fleksible pertama di dunia
www.wangcyber.com - komuniti usahawan internet malaysia.
Assalammualaikum,
saya sendiri x menyangka sama sekali,yang saya sudah berjaya miliki blog saya sendiri.pada mulanya ada masalah yang saya hadapi untuk menyiapkan blog ini seperti orang lain.jadi saya ucapankan kepada smartusaha yang ciptakan ebooks pada orang seperti saya.tidak dilupakan juga kepada en.sukeri yang membantu dalam usaha untuk menyiapkan blog hingga berjaya.saya sarankan jika sesiapa yang berminat untuk membuat blog seperti ini.silakan lakukan sepertimana yang saya lakukan.Anda akan dapat membina blog anda sendiri! klik di sini untuk mendapatkannya






