Assalammualaikum,

kepada semua pembaca yang budiman,juga kepada anda yang berkenalan kepada dunia bisnes.Petikan ini di ambil dari Newletter Rahsia Internet. Teruskan membaca petikan ini:

MEMULAKAN PERNIAGAAN DENGAN MODAL MINIMA
Oleh: Dr. Irfan Khairi

Haniazura, dalam memulakan perniagaan, tidak semestinya modal
yang besar diperlukan. Satu salah tanggap mengenai perniagaan
adalah, memulakan apa sahaja perniagaan adalah berisiko tinggi oleh
kerana modal yang diperlukan adalah besar.

Perniagaan Dell Computers, HP, Cadbury, Disney, Coffee Bean dan
banyak lagi pada asalnya adalah perniagaan kecil yang dimulakan
dengan modal yang minima. Apa yang mendorong perniagaan ini menjadi
besar adalah passion dan usaha pemiliknya dalam memperluaskan
perniagaan mereka sehingga menjadi gergasi industri masing-masing.

Terdapat berbagai-bagai kebaikan memulakan perniagaan pada kos yang
rendah- saya sendiri juga dalam memulakan apa sahaja perniagaan
akan mencari alternatif untuk mengurangkan modal perniagaan oleh
kerana ia dapat mengurangkan risiko kehilangan modal!

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan, saya amat mengesyorkan
pendekataan Bootstrap!

Apa itu Bootstrap?

Apa yang dimaksudkan oleh bootstrap adalah, anda jangan mengambil
pinjaman modal dari mana-mana untuk memulakan perniagaan (tidak
kira badan kewangan atau keluarga dan rakan-rakan).

Mulakan perniagaan anda dengan wang simpanan anda sendiri- mulakan
perniagaan kecil-kecilan. Keuntungan yang anda terima dari
perniagaan kecil anda, anda pusingkan kembali untuk memajukan dan
mengembangkan perniagaan anda.

Ramai jutawan lahir dari pendekatan bootstrap apabila memulakan
perniagaan. Ini adalah kerana, dengan menggunakan konsep bootstrap,
anda akan lebih berhati-hati dengan wang yang dilaburkan. Anda juga
akan lebih mempelajari dari usaha perniagaan anda. Ia juga akan
memaksa anda menggunakan inovasi dan kreativiti dalam menguruskan
perniagaan anda- mulakan kecil dan perlahan-lahan mengembangkan
perniagaan anda dengan ilmu dan pengalaman yang dikumpulkan melalui
bootstrap.

Ingin memulakan perniagaan dengan pinjaman RM30,000 - RM50,000?
Ketahui bahawa lebih dari 90% perniagaan baru gagal dalam tahun
pertama sahaja! Saranan saya: Bootstrap!

Perniagaan yang sarankan adalah perniagaan partime

Bisnes Prepaid

Bisnes prepaid adalah yang paling murah masa kini,yang saya maksudkan adalah menjadi agen prepaid untuk kegunaan sendiri.Anda bila-bila saja boleh sms atau buat stok.Modal sikit tanpa perlu sewa kedai.

Pasti ada yang tidak berminat,sikit sangat dapat bonus ini.Siapa kata jadi agen prepaid tidak memberi keuntungan.Pasti ada keuntungan bila kita berusaha.Jika anda membeli di kedai,anda telah memberi keuntungan kepada tauke kedai.Yang baik setiap pengguna prepaid jadi agen kita sama-sama untung,tapi jika anda ramaikan agen di bawah anda saya yakin anda lebih cepat mendapat bonus besar iaitu Bonus Master Agen.Bila kita dapat bonus tersebut ,bila mana kita ada 5 orang pada level 1 dan 25 pd level 2.Ini bermakna setiap agen mesti ada 5 downline dan aktif.

Ini peluang untuk anda kerana dari setiap diri kita sememangnya ada bakat untuk bisnes.Jadi apa yang anda tunggu lagi.

Cuba fikirkan…

Masa kita kecik-kecik dulu, ketika itu zaman salah seorang sahaja
ibu bapa kita bekerja. Selalunya bapa, ibu jadi suri rumah…

Zaman sekarang, lihat diri kita, abang atau kakak kita, zaman sudah
berubah di mana kedua suami & isteri perlu bekerja untuk menampung
keluarga akibat ekonomi meningkat…

Fikirkan apa akan jadi 5 tahun lagi, 10 tahun lagi, atau 20 tahun
lagi… Bagaimana suami & isteri perlu menampung keluarga?

Pakar-pakar ekonomi berkata, dalam satu masa nanti, kesemua
keluarga perlu memikirkan memulakan perniagaan secara “part-time”
untuk menampung keluarga. Ini kerana, ekonomi semakin meningkat,
harga barang semakin naik dan yang penting sekali, gaya hidup
(lifestyle) turut meningkat.

Satu hari nanti, ia akan jadi amat sukar untuk hidup dengan hanya
“makan gaji” kedua suami & isteri. Perniagaan secara sambilan
dimestikan untuk membantu kewangan!

Sekiranya anda belum lagi memulakan perniagaan, fikirkan keadaan
ini. Mulakan perancangan untuk memulakan perniagaan satu hari
nanti. Artikel saya kali ini di bawah adalah mengenai memulakan
perniagaan menggunakan modal yang minima. Mudah-mudahan anda
mendapat manfaat daripadanya.

Antara kaedahnya adalah perniagaan Internet yang memberi kebebasan
memulakan perniagaan dari rumah dengan modal yang rendah disamping
mendapat pelanggan seluruh dunia.

Anda berfikir secara bijak,supaya peluang menjadi anda yang terawal dalam bisnes prepaid.Masa kini kedai prepaid sendiri tumbuh bagai cendawan.Beri keuntungan pada diri anda bukan pada si tauke kedai tersebut.Klik berminat untuk mendaftar di mastereload.biz