Assalammualaikum & salam sejahtera..
Baru-baru ini, agak ramai juga yang bertanya pada saya, apakah cara yang paling mudah untuk mengupload website kita dari komputer ke server webhosting?
Untuk makluman anda, sebenarnya.. terdapat banyak cara untuk mengupload website ke server.. saya kira tidak kurang 5 cara untuk menguplad website. Jadi, anda tidak perlu pening kepala jika anda mendapat jawapan yang berbeza dari setiap orang yang anda tanya. Sememangnya untuk mengupload website ini ada banyak cara, jadi, pilih satu cara yang anda rasa mudah untuk anda.
Pada kali ini, saya ingin menunjukkan satu cara yang saya rasa paling mudah untuk anda mengupload website. Iaitu, menggunakan Internet Explorer..
Sebelum itu, ingin saya maklumkan 2 syarat yang perlu anda ikuti bagi memastikan website anda akan kelihatan apabila anda menaip URL anda di browser. Ini kerana, ramai juga yang bertanya kepada saya… “En. Suhaimy, kenapa website saya tak kelihatan yer? Saya dah upload dah website saya….”
Jawapannya, anda mungkin tidak memenuhi 2 syarat ini.
1) Anda pelulah mengupload website ada ke dalam folder “public_html”
2) Muka depan bagi website anda perlulah dinamakan dengan nama “index.html”, ini kerana, server akan mengesan secara automatik fail yang bernama index.html sebagai muka hadapan bagi sesuatu website.
Ok, setelah mengetahui 2 syarat tersebut, mari kita ikuti pula cara-cara meguplod website ke server menggunakan Internet Eplorer.
Langkah2nya :-
1) Buka Internt Explorer (IE)
2) Di ruangan Address, taipkan “ftp://usernameAkaunAnda@NamaDomainAnda” Contohnya “ftp://suhaimy@sempoihosting.com”
3) Tekan “Enter” di keybord anda..
4) Satu pop up windows yang meminta password anda muncul.
5) Masukkan password akaun hosting anda, tekan “Enter”
6) Tadaaa…. Kini anda telah pun berjaya masuk ke dalam web server anda. Paparan ia adalah sama seperti “my document”. Anda boleh double klik untuk membuka folder, jadi, apa yang perlu anda lakukan, just copy & paste website anda dari dalam komputer terus ke folder “public_html” di webserver tersebut.
Untuk tutorial bergambar, anda boleh muatturun fail tutorial ini dalam bentuk pdf di http://www.sempoihosting.com/Tutorial-Upload-Website.pdf
Jadi, itulah sahaja tips yang boleh saya kongsikan untuk kali ini. Seperti biasa, jika ada pertanyaan, sila baas email ini.
Sekian, terima kasih. Sehingga berjumpa lagi.
Wassalam.
Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Internet Entrepenuer
www.sempoihosting.com - webhosting fleksible pertama di dunia
www.wangcyber.com - komuniti usahawan internet malaysia.

