Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bersempena Ramadhan yang bakal tiba suka saya kongsikan dua buah buku pilihan yang amat sesuai untuk anda menjelang Ramadhan ini dibawakan secara eksklusif di AdikBijak.com…

REMEH-TEMEH TENTANG PUASA
Harga Pasaran: RM16.90
Harga Ahli Vip :RM15.90
Kesesuaian Usia :Umum
Kerana kurangnya mengikuti kelas pengajian agama Islam terutama tentang fardhu ain, maka ramai umat Islam yang tidak lagi arif tentang selok belok ibadah puasa. Berpuasa sudah menjadi ikut-ikutan. Kadang-kadang puasa dilakukan kerana terpaksa atau segan dengan seseorang.Sedangkan untuk menunaikan tanggungjawab ibadah puasa yang menjadi Rukun Islam ke-3 tentulah mempunyai adab, teknik, rasional dan peraturan yang ditetapkan.

Orang dewasa khususnya tentu malu untuk bertanya apa yang mereka tidak tahu atau ragu-ragu tentang puasa kerana mungkin soalan itu dipandang remeh oleh kebanyakan orang. Maka buku ini disusun untuk memberi jawapan. Anda boleh membelinya dan secara senyap-senyap baca untuk melengkapkan ilmu pengetahuan anda tentang PUASA!

Anda punya kemusykilan dalam perkara-perkara berikut? Buku ini MESTI BACA buat anda…

  • Bilakah masanya berpuasa itu hukumnya HARAM?
  • Bolehkah berkumur-kumur ketika berpuasa dan apakah batal puasa saya?
  • Saya sedang bermusafir maka saya bolehlah makan dikhalayak ramai kan?
  • Sahkah puasa saya jika…
  • Dan pelbagai persoalan tentang puasa, Ramadhan, Hari Raya dan isu-isu yang berkaitan dengannya

RESEPI 30 MINIT CHEF KAMARUL

Harga Pasaran :RM25.90
Harga Vip :RM24.90
Kesesuaian Usia: Umum

Tidak punya banyak masa untuk menyediakan juadah berbuka puasa dan sahur?

Buku ini menghidangkan resipi ringkas yang boleh disediakan dalam masa 30 minit bagi anda yang sibuk bekerja atau ibu bapa yang mahu menyediakan makanan yang ringkas, pantas tetapi sangat berkhasiat buat seisi keluarga. Resipi yang disediakan merangkumi semua aspek menu seperti sarapan pagi, snek, makan tengahari, minum petang, makan malam, pemanis mulut, minuman dan banyak lagi. Di samping resepi buku ini juga dilengkapi pelbagai tips, nasihat permakanan dan doa-doa yang dapat diamalkan sambil anda menyediakan hidangan istimewa buat yang tersayang.

Keistimewaan Buku:

  • Menyediakan 50 resepi makanan dan minuman
  • Padat dengan pelbagai tips di dapur, penyediaan makanan, petua dan doa-doa
  • Memperkenalkan pelbagai bahan asas dan perasa dalam masakan
  • Lebih 130 muka surat penuh berwarna dihiasi contoh-contoh hidangan yang menyelerakan

Ingin menyediakan makanan yang lazat, dan berkhasiat untuk keluarga… tetapi tidak punya masa? Buku ini bakal menjadi teman setia anda di dapur. Anda adalah “Chef Terhebat” di rumah.
“SELANGKAH LEBIH BIJAK”


This entry was posted on Tuesday, September 11th, 2007 at 4:06 pm and is filed under Dua Buah Buku Istimewa Sempena Ramadhan.... You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply