Assalammualaikum & salam Sejahtera
Semoga berada dalam keadaan sihat dan menarik seperti website ;.
Kebelakangan ini, ramai juga yang bertanya kepada saya, bagaimana ingin membuat domain transfer? Bolehkah saya membuat domain transfer kepada sempoihosting.com? Apa yang perlu dilakukan? Perlukah saya menghubungi pihak pendaftar nama domain saya yang sekarang ini? Bolehkan saya melakukan domain transfer tanpa memberitahu atau melibatkan mereka? Dan banyak lagi…
Baiklah, saya cuba menjawap persoalan anda satu persatu.
Apabila anda menyatakan anda ingin membuat “domain transfer”, apa yang sebenarnya dimaksudkan ialah, anda ingin menukar agen pendaftar nama domain anda. Iaitu, bertukar daripada agen A kepada agen B.
*Nota : Agen yang saya maksudkan disini adalah, pihak yang mendaftarkan nama domain anda, ia mungkin juga adalah pihak yang sama yang menyediakan perkhidmatan webhosting kepada anda. Sempoihosting.com adalah salah satu contoh agen yang saya maksudkan disini.
Terdapat beberapa sebab mengapa anda ingin menukar agen pendaftar nama domain anda. Contohnya, agen A mengenakan bayaran sebanyak RM50 bagi mendaftarkan nama domain anda, manakala agen B hanya mengenakan bayaran RM35 bagi pendaftaran nama domain. Selain merasakan agen A telah mengenakan bayaran yang agak mahal kepada anda, anda juga merasakan agen A tidak memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada anda selama ini. Maka dengan itu, anda ingin mengambil keputusan untuk bertukar agen, iaitu membuat “domain transfer”.
Harap anda jelas dengan maksud “Domain Transfer”. Ia bermaksud bertukar agen pendaftar nama domain dan bukannya bertukar website atau bertukar webhosting.
Ramai yang terkeliru dengan maksud “Domain Transfer” sebelum ini. Mereka menyangka, “Domain Transfer” adalah memindahkan website mereka dari satu hosting kepada hosting yang lain. Itu bukanlah “Domain Transfer” , itu adalah “Website Transfer” iaitu bertukar webhosting.
Jadi, pastikan anda tidak terkeliru lagi..
Domain Transfer = Bertukar agen pendaftar nama domain
Website Transfer = Bertukar webhosting
Sememangnya anda boleh melakukan kedua-dua perkara tersebut secara serentak, tetapi anda juga sebenarnya boleh melakukan hanya salah satu daripada perkara tersebut pada satu-satu masa.
Anda mungkin hanya berminat untuk bertukar pendaftar nama domain, tetapi masih mengekalkan webhosting anda pada agen A.
Apabila anda membuat “Domain Transfer”, anda masih menjadi pemilik nama domain tersebut. Tiada sebarang perubahan terhadap pemilikan nama domain tersebut. Yang berubah hanyalah agen. Analoginya seperti polisi insurans, anda masih pemilik polisi insurans tersebut, yang bertukar hanyalah agen insurans tersebut.
Kini, anda mungkin telah jelas dengan maksud “Domain Transfer”, tetapi, bagaimana untuk melakukannya?.
Ini bergantung kepada agen. Setiap agen mempunyai caranya yang tersendiri dan ia kadangkala berbeza di antara satu sama lain. Ada agen yang menyediakan borang untuk anda melakukan domain transfer, ada juga yang memerlukan anda berhubung terus dengan agen tersebut melalui email, chat atau telefon. Apabila anda menyatakan anda ingin membuat domain transfer kepada agen baru. Apa yang berlaku biasanya, agen baru akan berbincang dengan agen lama mengenai nama domain anda. Jika perbincangan berjalan lancar, agen lama akan memberikan nama domain tersebut kepada agen baru anda. Maka, proses pemindahan nama domain pun selesai. Setelah selesai, barulah sedikit bayaran dikenakan kepada anda. Namun, ada juga agen yang melakukannya secara percuma.
Pada kebiasaannya, agen mengambil masa 5 hingga 10 hari untuk melakukan proses pemindahan nama domain tersebut.
Namun begitu, kadangkala wujud sesetengah situasi yang akan menyebabkan proses pemindahan agen bagi nama domain tersebut tidak dapat dilakukan. Antara sebab-sebab yang boleh menghalang ialah seperti :-
- Pemilik nama domain tersebut tidak diketahui dan diragui.
- Pemilik nama domain tersebut di istyiharkan “bankrup”
- Nama domain tersebut baru sahaja didaftarkan dan kurang daripada 60 hari.
- Agen pendaftar nama domain yang lama menolak permohonan pemindahan nama domain tersebut kepada agen baru dengan sebab-sebab yang tertentu.
Kesimpulannya, tidak semua proses “domain transfer” boleh dilakukan dengan lancar, kadangkala ia boleh jadi begitu merumitkan dan juga mengelirukan. Malahan, tiada jaminan agen yang baru adalah lebih bagus daripada agen yang lama. Apa-apa pun, semuanya terpulang kepada anda untuk mempertimbangkannya.
Semoga, artikel saya kali ini telah memberikan gambaran yang jelas kepada anda mengenai istilah “Domain Transfer”.
Sampai disini sahajalah untuk kali ini, pada masa akan datang, jika berkesempatan, saya akan menerangkan pula bagaimana anda boleh membuat “website transfer” (bertukar webhosting) dengan selamat dan berkesan.
Seperti biasa, jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh membalas email ini.
Sekian terima kasih,
Mohd Suhaimy Abu Bakar
Site Administrator
www.sempoihosting.com
“Webhosting mampu milik untuk rakyat Malaysia.”